KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir (gambar) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi graduan pertama memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN Suska Riau) baru-baru ini.
Menurut satu kenyataan Yadim, dengan memperoleh predikat kelulusan Cemerlang (Comloude) 3.67, beliau secara rasminya meraih gelaran Doktor dalam bidang Perundangan Islam (Hukum Islam).
Beliau berjaya menyelesaikan pengajian itu tidak sampai tiga tahun meskipun sibuk dengan tugasnya sebagai Yang Dipertua Yadim serta penglibatan dalam aktiviti pendakwahan.
Pada majlis Promosi Perdana Program Doktor pada Pascasarjana UIN Suska Riau minggu lalu yang dihadiri lebih 150 undangan, Aziz berjaya mempertahankan disertasi beliau bertajuk Pemikiran Hasan al-Banna Tentang Siyasah Syar‘iyyah dan Aplikasinya Dalam Sistem Pemerintahan.
Menurut kajian beliau, pemikiran Hasan al-Banna mempunyai kesan dan pengaruh yang besar terhadap gerakan Islam di Mesir khususnya dan di dunia Islam umumnya.
Aziz mempertahan kan hujah itu di hadapan barisan para penilai yang terdiri daripada Prof. Dr. M. Nazir (Rektor UIN Suska Riau), Prof. Dr. H. Said Aqil al-Munawwar (mantan Menteri Agama Indonesia), Prof. Dr. Mahdini, Prof. Dr. H. Alaidin Koto, Prof. Dr. Zikri Darussamin, Prof. Dr. H. Sudirman M. Johan dan Dr. Zulkayandri. - Utusan Malaysia 27 Mac 2012